Monday, August 24, 2009

Dari sahabatku kutitipkan untuk pengunjung blogku


Antara syarat utama mencapai kejayaan dan kemajuan adalah bersedia berubah dan menerima perubahan, Pengalaman silam adalah pengajaran terbaik bagi yang ingin terus maju kehadapan. Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."





1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- No.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil---wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ---- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres ---banglow.. ..
5) Technician ----supervisor ---- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Haadyai ---Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong



TETAPI...
KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH
PEMBERIAN ALLAH...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION,
BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH

'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah
PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.

Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... .



Contohnya:



Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur tinggalkan. ........
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila Allah SWT beri kenaikan pangkat
& gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam
lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli
keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat



BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.



Allah SWT beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Allah SWT juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ....
dengan sebaik mungkin.. Allah SWT hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... .infiniti. ..

Semuga Allah SWT terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.



1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'



Telah bersabda Rasullullah S.A.W:



'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-



1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.'





Sekian untuk ingatan kita bersama.

WasSalam.



Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sunday, August 23, 2009

Ciri-ciri seorang sahabat ....


Something to think about. Are you a good friend...............?

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda.Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Thursday, August 20, 2009

Amalkan Selalu kerana Allah SWT....


Just to share only....
Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahma nnirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Anda ada dua pilihan sama ada:

1.biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain..

2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.

Bumi Kita......


lihatlah bumi kita yg besar....


walaupun bumi kelihatan besar, tapi diri kita jauh lebih kecil... takpe.. kita lihat gambar seterusnya


di mana bumi ? tu yg paling kiri, bawah.... kalau bumi sebesar tu, kita sebesar mana ? Di gambar ini, jupiter paling besar.....


jupiter yg jauh lebih besar menjadi begitu kerdil sekali.... bumi dah jadi sekecil habuk. Kita ??? Di gambar ini mata hari kelihatan jauh lebih besar banding yang lain...


Matahari yang tadinya kelihatan gagah..... sudah jadi kerdil.... mana jupiter ? mana bumi ? mana kita ? Bintang acturus nampak sangat besar....


Mana acturus ??? tu antara yang kenit.... bintang antares lagi besar....

Kita dengan antares dah jauh ketinggalan..... kita terlalu kerdil berbanding antares....
Apetah lagi dengan Allah yang Maha Besar.....

Kita terlalu kerdil.....

Friday, August 7, 2009

Berpantang maut sebelum ajal!!!














Berhati-hati semasa mencari rezeki.....

Dapatan :Peringatan terbaru tentang H1N1 di Malaysia....


EDARAN KADAR SEGERA=AMARAN: Doktor ramal 28,000 di M'sia akan mati akibat H1N1


Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati akibat H1N1

Ogos 1, 09 8:03pm

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.

Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.

Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam. [Baca artikel penuh]

Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan, hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan.

Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.

Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.

Setakat ini, vaksin belum ditemui dan dijangka akan diperolehi hujung tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.

Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHO
bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.

"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO," beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.

Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.

Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur
menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.

Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.

Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan.

"Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital.

"Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.[/b]


.


* LANGKAH MENCEGAH
- KERAP BASUH TANGAN DENGAN SABUN
-BILA BERSIN ,BATUK,GUNA TISU,DAN BUANG TISU BILA DIGUNAKAN
- PAKAI TOPENG PELINDUNG HIDUNG,
-GUNAKAN SANITIZER ( PENCUCI TANGAN TANPA AIR)
-TISU BASAH(WET TISSUE)

MENCEGAH LEBIH NAIK DARIPADA MERAWAT...
BAGI UMAT ISLAM,MALAM NI MALAM NISFU SYAABAN..
RAMAI2 LA KITA MEMBUAT SOLAT HAJAT MINTA DI JAUHKAN MALA PETAKA,
BACA YAASIN SEBANYAK 3KALI...
AMIN...

Thanks & Regards,
Mohd Nor Azlan Mohd Ali
Tel : 03-2035 2256
CIMB Express (MIS & ADMIN Team)
credit management operation
azlan.ali@cimb.com

Saturday, July 4, 2009

EDUWEBTV COURSE


Hari ni sekolah aku menganjurkan kursus Eduwebtv di makmal komputer. Adleyna sbg salah seorang fasinya. Terharu bila ada ditayangkan segelintir guru yang bertugas di pedalaman. Macam-macam ranjau dan duri terpaksa mereka tempuhi. Bersyukurnya aku sebab mengajar di tempat aku sekarang.
Berbalik kpd kursus yang aku ikuti memang terlalu banyak manfaatnya. Kalaulah semua murid di Malaysia berpeluang menggunakan webtv ni memang berbaloi. Yalah dengan jumlah kompputer yang terhad , masa yang terhad sebahagian murid sahajalah yang boleh mengikutinya. InsyaAllah kalau usaha ini berterusan, sedikit masa lagi murid nun jauh di pedalaman pun akan dapat menonton webtv ini.
Copyright @ nizahsabri | Floral Day theme designed by SimplyWP | Bloggerized by GirlyBlogger